Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts

16.4.20

KISAH WALI BERNAMA BAHALOL

Bahalol dikenali sebagai Madjzub yaitu golongan yang menyembunyikan kewalian kepintaran mereka dengan perbuatan - perbuatan yang tak masuk akal. Sebagian orang saja yang mampu mengenali siapa yang tergolong dalam golongan madjzub ini.

Satu kisah yang menarik ialah, ketika Khalifah Harun Ar Rashid jalan - jalan dengan istrinya, Zubaidah, mereka melihat Bahlol sedang membangun rumah dari tanah liat.

Zubaidah pun bertanya,

Zubaidah : “Apa yang kamu buat itu Bahalol?”

Bahalol : “Buat rumah! Rumah ini untuk di syurga!”

 Zubaidah : “Boleh dibeli?”

 Bahalol : “Baiklah.. saya jual dengan 10 dinar”.

Zubaidah pun memberi 10 dinar kepada Bahlol. Kemudian Bahlol langsung lemparkan uang itu ke dalam sungai.

Bahalol : “Haa.. balik lah, kamu sudah punya rumah di Syurga Zubaidah”.

Tergelak ketawa Khalifah Harun Ar Rashid semasa itu.. dia berkata kepada isterinya,

Harun Ar Rashid : “Sayang sudah terkena permainan si Bahalol itu”.

Malamnya, Harun Ar Rashid beemimpi, dia mimpi masuk syurga. Di depannya waktu itu ada sebuah istana, yang bertuliskan nama Zubaidah. Harun Ar Rashid pun mencoba untuk masuk, tapi dihalau oleh malaikat.

Harun Ar Rashid : “Jangan menghalangi jalanku. Ini rumah isteriku!”

Malaikat menjawab, “Engkau hanya boleh masuk rumah istrimu di dunia, bukan di syurga!”

Harun Ar Rashid terjaga dari tidur dengan berpeluh-peluh. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka pergi mencari Bahalol. Mereka berjumpa dengan Bahalol yang ketika itu sedang berada tepi sungai, sedang buat rumah tanah liat.

Harun : “Bahalol, aku datang mau membeli rumah ini”

Bahalol : “Boleh!” jawab Bahlol

Harun : “Berapa harganya?” tanya Harun Ar Rashid

Bahalol : “10,000 dinar!”

Harun Ar Rashid : “Kenapa harganya naik menjadi 10,000?”

Bahalol : “Kerana semalam isteri kamu ‘membeli tanpa melihat'!"

Apakah maksud tersirat Bahalol kalau dia sebut Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sehingga Zubaidah dapat harga murah?

Maksudnya Zubaidah membelinya tanpa dia melihat istana tersebut dalam mimpinya manakala Harun Ar Rashid ingin membelinya setelah dia melihatnya dalam mimpinya.

Wallahu A'lam. (Hanya ALLAH yang tahu sebenar-benarnya)

Pengajaran yang kita boleh hayati disini hendaklah sentiasa bersangka baik dengan semua orang walau dari zahir seseorang itu nampak seperti orang tak betul namun mungkin saja dia adalah seorang dari Wali ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.


9.3.20

Akibat Berpura-pura Shalawat


Seorang artis terkenal yang sering membintangi film-film di Mesir, suatu ketika mendapat peran memainkan peran di sebuah film untuk memerankan tokoh Sayyidah Rabiatul Adawiyah.

Di film tersebut dia hanyalah acting, pura-pura menjadi seorang wanita solehah, pura-pura solat dan ibadah-ibadah yang lain termasuk pura-pura memperbanyak membaca shalawat, kerana memang Sayyidah Rabiatul Adawiyah tokoh yang diperankan itu selama hidupnya mengamalkan 25 ribu selawat setiap hari. Mau tak mau si artis pun pura-pura pula banyak bershalawat selama shooting film tersebut.

Dipendekkan cerita. Tak lama berselang setelah artis tersebut menyelesaikan film tersebut, dia bertaubat. Asbab taubatnya sungguh luar biasa.

Dia bertaubat setelah diberi keberuntungan bermimpi Nabi Sallallahu Alaihi Wassallam dalam tidurnya. Setelah mimpi, dia mendatangi seorang ulama ternama di Mesir iaitu Syeikh Mutawwali Sya'rawi untuk membimbing taubatnya.

Itulah kehebatan shalawat. Shalawat dibaca walau dengan pura-pura pun tetap sampai kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan diterima oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

- Ustazah Syarifah Halimah Alaydrus -

اللهم صلِّ وسلِّم على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلِّم تسليما

Amal sedikit besar keberkesanannya.