Showing posts with label Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Rezeki. Show all posts

9.3.20

8 Jalan Rezeki Yang Disebut Dalam Al-Quran

Ada delapan pintu rezeki yang disebut dalam Al-Quran, diantaranya ialah:


1. Rezeki Yang Telah Dijamin

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan... "Surah Hud Ayat 6. 

2. Rezeki kerana Sedekah

"Barangsiapa meminjamkan (menginfaqkan ) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah akan melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNYA lah kamu dikembalikan" Surah Al-Baqarah Ayat 245. 

3. Rezeki Kerana Istighfar

Beristighfar lah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti dia akan mengirimkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Surah Nuh Ayat 10 & 11.

4. Rezeki Kerana Anak.

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, Kami lah yang memberi rezeki kepada mereka Dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. Surah Al-Isra’ Ayat 31.

5. Rezeki Kerana Usaha.

Dan bahawa sesungguhnya tidak Ada (balasan) bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannya. Surah An-Najm Ayat 39

6. Rezeki Tak Terduga.

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Surah At-Talaq ayat 2 & 3

7. Rezeki Kerana Menikah

Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang (lelaki Dan perempuan ) Dari kalangan kamu, Dan orang-orang soleh Dari hamba-hamba kamu, Jika mereka miskin, Allah Akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya Kerana Allah Maha Luas (Rahmatnya Dan limpah KurniaNya)  Maha Mengetahui. Surah An-Nur Ayat 32

8. Rezeki Kerana Bersyukur 

Demi sesungguhnya Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi NikmatKu kepada kamu, Dan Demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras. Surah Ibrahim Ayat 7. 

Semoga kita dapat mempelajari sesuatu tentang rezeki melalui ayat Quran. Ingat rezeki itu dari Allah.

Allah bisa memberi, Allah juga bisa menariknya kembali. Kita sebagai manusia hanya berusaha dan bertawakal kepada Allah.