16.4.20

KISAH WALI BERNAMA BAHALOL

Bahalol dikenali sebagai Madjzub yaitu golongan yang menyembunyikan kewalian kepintaran mereka dengan perbuatan - perbuatan yang tak masuk akal. Sebagian orang saja yang mampu mengenali siapa yang tergolong dalam golongan madjzub ini.

Satu kisah yang menarik ialah, ketika Khalifah Harun Ar Rashid jalan - jalan dengan istrinya, Zubaidah, mereka melihat Bahlol sedang membangun rumah dari tanah liat.

Zubaidah pun bertanya,

Zubaidah : “Apa yang kamu buat itu Bahalol?”

Bahalol : “Buat rumah! Rumah ini untuk di syurga!”

 Zubaidah : “Boleh dibeli?”

 Bahalol : “Baiklah.. saya jual dengan 10 dinar”.

Zubaidah pun memberi 10 dinar kepada Bahlol. Kemudian Bahlol langsung lemparkan uang itu ke dalam sungai.

Bahalol : “Haa.. balik lah, kamu sudah punya rumah di Syurga Zubaidah”.

Tergelak ketawa Khalifah Harun Ar Rashid semasa itu.. dia berkata kepada isterinya,

Harun Ar Rashid : “Sayang sudah terkena permainan si Bahalol itu”.

Malamnya, Harun Ar Rashid beemimpi, dia mimpi masuk syurga. Di depannya waktu itu ada sebuah istana, yang bertuliskan nama Zubaidah. Harun Ar Rashid pun mencoba untuk masuk, tapi dihalau oleh malaikat.

Harun Ar Rashid : “Jangan menghalangi jalanku. Ini rumah isteriku!”

Malaikat menjawab, “Engkau hanya boleh masuk rumah istrimu di dunia, bukan di syurga!”

Harun Ar Rashid terjaga dari tidur dengan berpeluh-peluh. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka pergi mencari Bahalol. Mereka berjumpa dengan Bahalol yang ketika itu sedang berada tepi sungai, sedang buat rumah tanah liat.

Harun : “Bahalol, aku datang mau membeli rumah ini”

Bahalol : “Boleh!” jawab Bahlol

Harun : “Berapa harganya?” tanya Harun Ar Rashid

Bahalol : “10,000 dinar!”

Harun Ar Rashid : “Kenapa harganya naik menjadi 10,000?”

Bahalol : “Kerana semalam isteri kamu ‘membeli tanpa melihat'!"

Apakah maksud tersirat Bahalol kalau dia sebut Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sehingga Zubaidah dapat harga murah?

Maksudnya Zubaidah membelinya tanpa dia melihat istana tersebut dalam mimpinya manakala Harun Ar Rashid ingin membelinya setelah dia melihatnya dalam mimpinya.

Wallahu A'lam. (Hanya ALLAH yang tahu sebenar-benarnya)

Pengajaran yang kita boleh hayati disini hendaklah sentiasa bersangka baik dengan semua orang walau dari zahir seseorang itu nampak seperti orang tak betul namun mungkin saja dia adalah seorang dari Wali ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.


No comments:
Write komentar